Isnin, 9 Mei 2011

Heli Karnival

Assalamualaikum..
Kepada pembaca budiman,syarikat kami akan mengadakan karnival secara besar-besaran di Felda Sungai Lui,Negeri sembilan pada Jun ini.Tarikh karnival tersebut akan di umumkan dalam masa yang terdekat.Bila kami mengumumkan tarikh karnival ini maka tuan-tuan dan puan-puan boleh lah mendapatkan tiket dari egen yang telah kami lantik.
 Karnival ini akan berlansung  selama 2 hari. Pada hari tersebut ada program lain yang akan menyusul.Antara program yang akan diadakan adalah seperti program menderma darah,jualan secara besar-besaran buku,pakaian,makanan serta minuman dari syarikat-syarikat koperat dan lain lain program lagi


Dalam tempoh 2 hari karnival ini berlansung tuan-tuan akan berpeluang menikmati terbang bersama heli di udara selama 10 minit bersama keluarga tersayang.Disamping itu tuan-tuan berpeluang membeli belah di sekitar bazaar-bazaar yg telah kami sediakan.

Karnival ini adalah buat julung kali diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai dan salah satu cara beriadah bersama keluarga yang terkini.Jadi rebut lah peluang keemasan  ini di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.Jumpa anda disana.

Penjana Minda Anda.
Amirzikry Bahrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan